Mengapa Hawa Tercipta Saat Adam Tertidur?

Posted on

Maidany.com –¬†Hawa diciptakan oleh Allah untuk mendampingi Adam dan menjadi teman hidupnya menghilangkan rasa kesunyian dan melengkapi keperluan fitrahnya justeru mengembangkan keturunan.

Telah diceritakan oleh para Ulama, Hawa telah diciptakan ketika Adam sedang tidur.

Mengapa Hawa tercipta ketika Nabi Adam sedang tidur?

Lumrah sifat lelaki, jika disakiti mereka akan membenci. Namun, sebaliknya untuk wanita apabila mereka disakiti, maka bertambahlah sayang dan cintanya. Seandainya Hawa diciptakan ketika Adam sedar dan dikeluarkan dari sulbinya, maka akan sakitlah Adam justeru membuatnya benci akan Hawa.

Allah s.w.t manjadikan Hawa dari tulang rusuk sebelah kiri yang bengkok yang tugasnya menjaga jantung dan hati nurani (Qalbu). Adam sementara itu, diciptakan daripada tanah yang akan menjadikan mereka petani, tukang kayu, tukang besi dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaan dan hati(Qalbu).

Wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, menjadi saudari yang penyayang, putri yang manja dan isteri yang menurut perintah.

(Baca Juga : Mengapa Rasul Memilih Senin dan Kamis untuk Puasa?)

Bagi seorang suami atau lelaki, adalah wajib untuk tidak meluruskan tulang yang bengkok itu (perempuan).

Maksudnya, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w, “Jika seseorang lelaki secara serta merta meluruskan yang bengkok tersebut, ia akan mematahkannya”. Bengkok yang dimaksudkan adalah perasaan seorang perempuan.

Maka lelaki janganlah merendahkan perasaan seorang perempuan. Mereka memang tercipta seperti itu. Apabila mereka menyatakan mereka bersedih walaupun tidak menitiskan air mata, tapi hati mereka sebenarnya sedang menangis. Apabila mereka tidak menghiraukan kamu ketika mereka sedang bersedih setelah disakiti, berikan mereka masa untuk menenagkan diri sebelum pergi untuk meminta maaf.

Para wanita juga agaklah amat sulit untuk mencari titik benci daripada orang yang mereka amat sayangi. Wanita/perempuan diciptakan untuk lelaki untuk saling melengkapi antara satu dengan yang lain. Jika ada manusia benar-benar bertolak belakang dengan lelaki jadi itulah wanita.

“Dibalik kesuksesan seseorang Lelaki, terdapat seorang wanita hebat dibelakangnya.”

(Visited 52 times, 1 visits today)
Loading...